Pemandu mabuk mengamuk, pukul polis ditahan

17 Mar 2023 • 2:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif apabila mengamuk dan memukul dua anggota polis di hadapan pos pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), di sini pada Khamis. - Gambar hiasan

IPOH - Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif apabila mengamuk dan memukul dua anggota polis di hadapan pos pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.05 tengah malam, suspek warga tempatan berusia 30 tahun itu memandu kereta dan terlanggar penghadang jalan berhampiran pos pengawal PLPGU.

"Lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol itu kemudiannya telah mengamuk dan memukul dua pegawai rendah polis yang berada di lokasi ketika pemeriksaan dijalankan,

"Akibat serangan itu, dua anggota terbabit cedera ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini," katanya dalam kenyataannya, di sini pada Jumaat.

Katanya, suspek direman selama tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

"Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had ditetapkan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved