Pemandu maut, enam murid cedera dalam kemalangan

30 Jun 2022 • 8:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 JUN: Seorang lelaki maut manakala enam murid cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Saujana Utama di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada 1.08 petang itu, Muhamad Zaki Ariffin, 52, meninggal dunia di tempat kejadian sementara enam murid berusia tujuh tahun mengalami kecederaan ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya tiba di tempat kejadian 1.17 petang dan mendapati berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Aruz dan Proton Exora yang membawa semua murid.

“Menurut saksi, kenderaan Perodua Aruz dipandu seorang wanita keluar simpang dan melanggar kereta mangsa yang datang dari arah kiri.

“Insiden menyebabkan berlakunya rempuhan kuat dan mengakibatkan kenderaan dipandu mangsa terbalik,” katanya.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam murid terbabit mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved