
Tuaran: Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas treler dipandunya terbabas dan merempuh tebing bukit di Jalan Ranau berhampiran Kampung Kelawat, Tamparuli di sini, Ahad.
Dalam nahas jam 7.40 malam itu, mangsa dikenali Raimon Wadang, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta anggota badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.46 malam.
Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Sebaik tiba di lokasi, mangsa yang ditemui di bahagian pemandu tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dihubungi.
Menurut Mohd Nor, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Pasukan bomba seterusnya memeriksa kenderaan terlibat kemalangan dan sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca kejadian lain.
“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.20 malam,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
