Pemandu pacuan empat roda tular sebabkan kemalangan disaman

LocalCars
3 Dec 2024 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar berhubung perkara berkenaan di aplikasi X.

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Polis bertindak mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda, kerana dipercayai terbabit dalam kemalangan hingga merosakkan kenderaan lain di sekitar kawasan Adda Heights, di sini, Khamis lalu.

Katanya, kejadian tersebut dipercayai berlaku di jalan ADDA 3/1, di sini sekitar jam 12.26 tengahari, 28 November lalu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan terjadi apabila pemandu pacuan empat roda jenisFord Ranger gagal mengawal kenderaan ketika keluar dari petak parkir sehingga melanggar bahagian depan kereta Perodua Myvi.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut, namun kereta Perodua Myvi mengalami kerosakan,” katanya.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger juga dikenakan tindakan saman di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan.