Pemandu parah kemalangan 3 kenderaan

2 Sep 2022 • 1:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Seorang pemandu lelaki parah, sementara seorang lagi cedera ringan dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Berlian, di sini, pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 1.54 petang menerusi talian balai, dan menggerakkan enam anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Operasi Abd Fitri Sangkahan ke lokasi sejauh 13km dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.

Ketua operasi melaporkan, kemalangan melibatkan kenderaan jenis Isuzu Dmax yang hilang kawalan sebelum melanggar dua kenderaan dari arah bertentangan.

Kereta pertama, Toyota Vigo dikatakan sempat mengelak manakala kereta kedua, sebuah Proton X50 bertembung dengan Dmax tersebut.

Pemandu Proton X50 itu cedera parah dan dihantar ke hospital berdekatan menggunakan kenderaan orang awam untuk rawatan lanjut.

Pemandu Dmax itu hanya cedera ringan sementara pemandu Toyota itu tidak cedera.

Pasukan Bomba membersihkan tumpahan minyak di atas jalan raya dan operasi ditamatkan pada jam 3.06 petang selepas memastikan tiada bahaya lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.