Pemandu pengsan, MPV musnah terbakar

LocalCars
24 Nov 2024 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan MPV yang musnah terbakar di Jalan Latar, Kampung Bukit, Pokok Sena, di Alor Setar, pada Ahad.

ALOR SETAR - Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipandunya musnah terbakar di Jalan Latar, Kampung Bukit, Pokok Sena, di sini, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan sebuah kenderaan MPV dipandu lelaki berusia 23 tahun itu pada jam 8.15 pagi.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kenderaan mangsa dipercayai dari arah Pokok Sena menghala ke Kampung Bukit sebelum ia dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terbakar secara tiba-tiba.

"Bagaimanapun, lelaki itu berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

"Buat masa ini, mangsa tidak sedarkan diri dan masih lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Tambahnya, siasatan turut mendapati Perodua Alza yang musnah sepenuhnya tersebut adalah milik ibu mangsa.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved