Pemandu perlu sabar, toleransi: Jonnybone

29 Jan 2024 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri Telupid, Datuk Jonnybone J Kurum menasihati pemandu pengangkutan awam di negeri ini dan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah.

Jelasnya, ini penting agar tidak berlaku perkara tidak diingini termasuk kemalangan sehingga ada melibatkan mangsa yang kehilangan nyawa.

Jelasnya, dengan permukaan jalan diketahui agak tidak baik, wajar semua pemandu mengambil sikap lebih peka dan tidak memandu laju dan melulu.

Justeru, toleransi dan sikap sabar perlu dalam kalangan pemandu mengambil kira keadaan jalan semasa.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui Media sejurus menghadiri Pelancaran Jelajah Wanita GRS Zon 5B di Dewan Serbaguna Libaran, disini, pada Ahad.

Ia dirasmikan Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Yong Teck Lee mewakili Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pada itu, Jonnybone berharap pembaikan jalan yang terjejas sepanjang Telupid-Ranau dan kawasan yang lain dapat dipercepatkan khasnya jalan persekutuan demi kemudahan pengguna.

Jelasnya, selepas Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya juga sebelum ini telah melakukan lawatan dan melalui sendiri jalan sepanjang Beluran ke Telupid dan Ranau.

Kerajaan juga jelasnya kini sedang dalam usaha membaiki jalan rosak terlibat.

Pihak konsesi juga telah memulakan kerja selenggara di jalan berkaitan.

Manakala di kawasan Sandakan, kerja selenggara agak perlahan dan Jonnybone berharap pihak konsesi atau yang berkaitan segera membaiki jalan ini demi untuk kegunaan ramai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article