Pemandu Proton Wira Gagal Potong Kereta Lain Punca Kemalangan Trak Babit Anggota Tentera Maut

LocalPolitics
12 Dec 2025 • 3:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan seorang pemandu Proton Wira yang dipercayai gagal memotong kenderaan di hadapannya menjadi punca kemalangan mengorbankan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Fahmey Bin Darus, pada Khamis.

image is not available

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.35 petang di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Bukit Belah apabila Proton Wira dari arah Kota Bharu cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal, lalu memasuki laluan bertentangan.

Artikel lain: Bukan Kes Tembak! Suspek Samun Langgar Polis Ketika Cuba Larikan Diri

Trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota tidak sempat mengelak, menyebabkan pelanggaran berlaku.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Impak pelanggaran menyebabkan seorang anggota yang duduk di tempat penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Tiga lagi anggota serta pemandu Proton Wira mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut,” katanya.
image is not available

Foto: Sinar Harian

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Polis turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-1454020 atau Bilik Gerakan IPD Machang di talian 09-9751222.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

The post Pemandu Proton Wira Gagal Potong Kereta Lain Punca Kemalangan Trak Babit Anggota Tentera Maut appeared first on Borak Daily.