Pemandu Rempuh Pelajar Cemerlang Dibebas Dengan Jaminan Polis

LocalCars
4 Feb 2025 • 1:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemandu Perodua Alza yang merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan pelajar cemerlang, Aysar Zahran Saiful Alimin maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang pada petang Ahad dibebaskan dengan jaminan polis.

Pemandu rempuh pelajar cemerlang

image is not available

Foto: Bernama

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pemandu berusia 27 tahun itu negatif bahan terlarang selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

image is not available

Foto: Utusan

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya hari ini.

Naazron berkata, hasil semakan pemandu tersebut juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Terdahulu, mangsa yang juga pelajar cemerlang dalam bidang perakaunan maut dalam kejadian tersebut selepas motosikal ditunggang tercampak lalu terjatuh ke tepi jalan.

image is not available

Foto: Media sosial

Allahyarham yang berusia 20 tahun adalah penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

Sumber: Berita Harian (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)