Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

11 Jun 2026 • 12:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

IPOH - Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ditemukan rentung selepas kenderaan itu terbakar akibat kemalangan dengan treler di Jalan Batu 9, Kampung Semangat, Segari, dekat Pantai Remis, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.36 pagi sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis digerakkan ke lokasi.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi pada 4.52 pagi, sebuah Toyota Innova sedang terbakar hampir 90 peratus selepas dipercayai bertembung dengan treler jenis Nissan.

"Selepas api dipadamkan, anggota penyelamat menemukan mangsa terperangkap dan rentung di dalam kenderaan itu, namun identiti serta jantinanya belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kemalangan menyebabkan pemandu treler berusia 60 tahun cedera ringan dan diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dihantar ke hospital.

Beliau berkata bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mayat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Selain itu, bomba turut menjalankan kerja pembersihan mengalihkan serpihan kenderaan dan membersihkan tumpahan minyak sebelum operasi ditamatkan pada 6.48 pagi. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved