Pemandu rentung, kereta terbabas langgar pembahagi jalan

LocalCars
23 Feb 2025 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemandu yang tidak dapat dipastikan identitinya rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 5.6, susur keluar Setia Tropika, Kempas di Johor Bahru, pada pagi Ahad. - Foto JBPM Johor

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat kemalangan di susur keluar Setia Tropika, Kempas pada Ahad. - Foto JBPM Johor

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu yang tidak dapat dipastikan identitinya rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 5.6, susur keluar Setia Tropika, Kempas di sini, pada pagi Ahad.

Penolong Penguasa Bomba, Taufiq Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.58 pagi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, sebuah kereta jenis Honda City didapati terbakar hampir 90 peratus.

**media[3019689]**

“Siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbakar.

“Terdapat seorang mangsa rentung di dalam kenderaan. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 6.12 pagi.