Pemandu Rentung, Lori Kontena Terbabas Dan Terbakar Di KM254 Lebuhraya PLUS

12 Nov 2025 • 11:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemandu Rentung, Lori Kontena Terbabas Dan Terbakar Di KM254 Lebuhraya PLUS

IPOH, 12 November (Bernama) — Seorang pemandu rentung selepas lori kontena yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 254 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar serta Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.19 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah kontena sejuk beku yang membawa muatan sayur-sayuran, yang dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar.

“Mangsa, lelaki berusia 64 tahun disahkan maut di tempat kejadiaan oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berdasarkan keadaan fizikal mangsa yang telah rentung,” katanya dalam satu kenyataan.

Shazlean berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjutn dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.07 pagi.

BACA: Pulang Selepas Setahun, Gelagat Anggota Malbatt Lari Peluk Suami Buat Ramai Terharu

BACA: PM Anwar Jelaskan Keputusan Tidak Merayu Pemberian 40 Peratus Hasil Kepada Sabah Di Parlimen Esok

BACA: Suami Berang, Naik Tangan Pada Isteri ‘Kaki Selfie’

Sumber: Bernama

The post Pemandu Rentung, Lori Kontena Terbabas Dan Terbakar Di KM254 Lebuhraya PLUS appeared first on Siakap Keli.