
TAWAU: Seorang pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan dikenakan lima sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, sehingga melahirkan seorang bayi perempuan pada 13 Mac lepas.
Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, 25, yang juga sepupu kepada ibu mangsa mengaku salah merogol mangsa di bilik tidur sebuah rumah di kawasan perumahan di sini, di antara jam 2 hingga 3 pagi pada Julai hingga Ogos tahun lalu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 15 Mac 2023.
Berdasarkan fakta kes, pada 13 Mac jam 3.45 petang, mangsa dibawa ke hospital oleh neneknya selepas mengadu sakit perut dan pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengandung 36 minggu dan selamat melahirkan bayi perempuan jam 7.15 malam hari sama.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Mangsa kemudian mendedahkan dia dirogol oleh tertuduh yang tinggal sebumbung di rumah neneknya. Tertuduh ditangkap pada 15 Mac lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain tahap keseriusan kes.
“Hukuman berat juga wajar dikenakan sebagai pengajaran ke atas tertuduh yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa selain faktor trauma dialami mangsa kerana dirogol berkali-kali sehingga melahirkan bayi.
“Malah tertuduh sedikitpun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatannya semasa diberi peluang membuat rayuan,” tegasnya.
Tertuduh yang tidak diwakil peguam didakwa di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

