
Sebuah teksi di Bangkok tular kerana bawa almari di bonet belakang
Pemandu Selamba Bawa Almari, Dalam But Teksi. Beberapa gambar tular di media sosial yang menunjukkan sebuah teksi membawa almari pakaian besar di dalam bonet belakang kereta telah meraih perhatian di Thailand.
Menurut laporan Thaiger, gambar itu memaparkan sebuah teksi yang memandu di sebuah jalan raya di Bangkok.
Pelbagai spekulasi dari netizen
Pemandangan yang tidak dijangka itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bimbang tentang potensi bahaya kerana teksi itu mengangkut almari pakaian yang besar.
Beberapa pengguna media sosial yang lain pula mengesyaki bahawa gambar itu telah disunting, manakala yang lain mengesahkan bahawa mereka menyaksikan teksi itu bergerak di kawasan tersebut.
“Ya, saya nampak teksi itu dekat Monumen Kemenangan. Bagaimana mereka berjaya melakukannya?” kata seorang netizen.
Sampai dengan selamat, tapi kaca pecah
Dalam pada itu, seorang lagi warganet menambah bahawa teksi itu sampai ke destinasi dengan selamat, namun almari pakaian terbalik dan kaca pecah apabila ia dikeluarkan di sebuah lorong.


