Pemandu Singapura ‘tapau’ RON95, pengusaha stesen minyak disiasat KPDN

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 5:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

KPDN sahkan siasatan sudah dimulakan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sedang menyiasat sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri yang didakwa terlibat dalam insiden seorang pemandu Singapura mengisi petrol RON95 ke dalam tong plastik, satu perbuatan yang dilarang sejak 2008 namun masih berulang.

Insiden itu mula menarik perhatian selepas beberapa gambar tersebar di media sosial, menunjukkan seorang lelaki menaiki kenderaan mewah berplat Singapura, mengisi minyak subsidi rakyat Malaysia itu bukan sahaja ke dalam tangki kereta tetapi juga ke dalam bekas plastik.

“Kami sedang kenal pasti lokasi stesen minyak berkenaan dan siasatan juga tertumpu sama ada berlaku pelanggaran peraturan sedia ada,” kata Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Baca juga:

Jika terbukti cuai atau bersubahat, pengusaha juga boleh dikenakan tindakan

Menurut Lilis Saslinda, larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing masih berkuat kuasa dan sekiranya wujud pelanggaran, tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, siasatan turut merangkumi peranan pengusaha stesen minyak. “Jika didapati cuai atau bersubahat, tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pemilik kenderaan terbabit.

Sumber: Harian Metro