Pemandu teksi harap bantuan one-off, petrol

10 Sep 2022 • 7:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kebanyakan pemandu teksi terkesan dari segi pendapatan susulan ketiadaan pelanggan. (Gambar kecil: Yazid)

SHAH ALAM – Pengerusi Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Bandar Raya Shah Alam, Yazid Mohd Yusof berharap ada berita gembira buat pemandu teksi di negara ini dalam Bajet 2023 sama ada bantuan one-off daripada kerajaan atau pemberian bantuan lain terhadap golongan itu.

Yazid berkata, kebanyakan pemandu teksi di bandar raya ini terkesan dari segi pendapatan susulan ketiadaan pelanggan.

“Pendapatan itu ada tetapi tak sebanyak mana, nak dapat dalam RM40 sehari pun agak susah.

“Ramai pemandu teksi mengeluh disebabkan hutang memandangkan permit teksi atau sewa bersama koperasi tetap perlu dibayar.

“Ditambah lagi dengan kos sara hidup meningkat, harga barang naik dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang naik buat kali ketiga pada tahun ini, ia sudah tentu membebankan kami yang tidak mendapat pendapatan secara tidak menentu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Yazid turut berharap pemberian Kad Bantuan Teksi bernilai RM800 membolehkan pemandu teksi mengisi minyak di mana-mana stesen Petronas dapat diteruskan semula.

“Kita harap kerajaan dapat meneruskan bantuan minyak kepada pemandu teksi. Dulu zaman Datuk Seri Najib Razak ada beri pelbagai bantuan termasuk bantuan tayar dan minyak.

“Jika bantuan ini diberikan semula ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos operasi harian serta meringankan beban kami semua,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved