Pemandu Temui Enam Kepala Manusia Di Jalan Raya

21 Aug 2025 • 5:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemandu Temui Enam Kepala Manusia Di Jalan Raya

Pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung penemuan enam kepala manusia yang dipenggal di sepanjang jalan raya di bahagian tengah Mexico, lapor AFP.

Seorang pendakwa raya berkata penemuan itu sangat mengejutkan kerana keganasan melampau seperti itu jarang berlaku di kawasan terbabit.

Penemuan itu pada awalnya dilaporkan oleh pemandu yang menggunakan jalan raya yang menghubungkan negeri Puebla dan Tlaxcala.

Manakala satu lagi kepala dan beberapa anggota badan manusia lain ditemui di bandar barat Colima, lapor media tempatan pada Selasa.

Pendakwa raya mengesahkan bahawa kepala yang ditemui di Tlaxcala adalah milik lelaki, sambil mengumumkan siasatan terhadap jenayah tersebut.

Media tempatan melaporkan bahawa di lokasi penemuan ngeri itu terdapat risalah yang menyalahkan kejadian tersebut pada perebutan kuasa antara kumpulan yang terlibat dalam kegiatan mencuri minyak.

Untuk pengetahuan, Puebla dan Tlaxcala menjadi lokasi kumpulan jenayah yang terlibat dalam dadah serta penyeludupan minyak. Namun, kedua-dua negeri ini jarang mengalami keganasan melampau seperti yang lebih kerap berlaku di kawasan lain di Mexico yang bergelut dengan keganasan berkaitan kartel dadah.

Bagaimanapun sejak beberapa bulan kebelakangan ini mayat telah ditemui di kawasan berhampiran sempadan antara kedua-dua negeri.

Keganasan melampau seperti memenggal kepala lebih banyak berlaku di negeri-negeri utara dan di sepanjang pantai Pasifik, di mana kartel dadah beroperasi.

Pada 30 Jun, pihak berkuasa menemui 20 mayat di sepanjang jalan di barat laut negeri Sinaloa, lima daripadanya tanpa kepala.

Terdahulu, pada Mac 2022, enam kepala dan bahagian badan lain ditemui di atas bumbung sebuah kereta di jalan utama Chilapa di negeri selatan Guerrero.

Sejak tahun 2006, apabila kerajaan Mexico mengerahkan tentera persekutuan bagi membanteras kartel dadah berkuasa, sekitar 480,000 orang telah terbunuh akibat keganasan berkaitan dadah di seluruh negara. Tambahan pula, 130,000 lagi dilaporkan hilang.

Sumber: AFP