Pemandu tertekan pedal minyak punca Proton X50 rempuh cermin restoran

7 Jul 2025 • 9:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 JULAI: Pemandu Proton X50 yang merempuh cermin hadapan sebuah restoran di Jalan SS14/1 di sini, petang semalam, dipercayai tertekan pedal minyak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan kejadian kemalangan itu jam 6.20 petang.

“Siasatan awal mendapati seorang lelaki yang memandu kenderaan Proton X50 hendak masuk ke kawasan parkir. Namun dia tidak sengaja tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan bergerak ke hadapan dan terlanggar bahagian cermin sebuah restoran.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata pemandu terbabit sudah tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya untuk memberi keterangan.

Beliau bagaimanapun meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved