Pemandu Treler Kena Bantai, Isteri Luah Rasa Kecewa, Ada Bukti Rakaman Dashcam

23 Mar 2023 • 10:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pemandu lori treler

Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala adik lelakinya cedera selepas motosikal yang dinaiki dengan seorang wanita berusia 54 tahun terlibat kemalangan dengan lori treler. Kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Isteri kepada pemandu lori terlibat meluahkan rasa kecewa apabila suaminya menjadi mangsa pukul orang ramai. Menerusi beberapa hantaran di TikTok, wanita ini berkata suaminya tak bersalah berdasarkan rakaman dashcam yang viral di media sosial.

Ada bukti rakaman dashcam kemalangan treler, motor

image is not available

Dalam rakaman dashcam, kelihatan penunggang motosikal terus keluar daripada simpang tanpa melihat terlebih dahulu. Isteri berkata, suaminya dipersalahkan tanpa selidik.

Suami tak bersalah kena bantai

image is not available

Dakwa wanita ini, suaminya dipukul sehingga pecah muka dan perlu mendapat rawatan lanjut di hospital. Selain memukul, ada individu didakwa memecahkan cermin lori, mencuri dashcam serta barang-barang di dalam treler.

image is not available

Kesian juga dekat pemandu lori kan? Apa-apa pun kita serahkan saja siasatan kepada pihak berkuasa. Semoga ada keadilan untuk pihak yang teraniaya.

Rakaman dashcam tular

Kredit: Sinar Harian | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.