Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE) dari arah Desa Tun Razak menghala ke Sri Petaling, pagi Khamis.
Difahamkan, ini kerana pemandu berusia 41 tahun itu tidak sengaja terlanggar mangsa, seorang menunggang motosikal jenis Yamaha MT-15 yang maut di lokasi kejadian.
Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa lelaki tempatan berusia 33 tahun dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Honda Dash 125, sebelum terjatuh ke lorong tengah lebuh raya.
“Ketika itu, sebuah lori treler dari arah sama gagal mengelak dan membrek lalu melanggar mangsa,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan pemerhatian di media sosial, mangsa dikenali sebagai Abdul Hanan Ahmad Nordin di mana pemergian Allahyarham menjadi perhatian warganet di aplikasi Threads, hasil perkongsian hantaran oleh ahli keluarga serta rakan terdekat.
Kami akan merinduimu, sepupu

Baru jumpa sehari sebelum kejadian

Difahamkan, arwah meninggalkan isteri Darleen Zakir dan seorang cahaya perempuan dikenali sebagai Iris yang berusia lima tahun.
Dalam laporan sama, penunggang motosikal Honda Dash 125 dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap pemandu treler itu yang kemungkinan mengalami kesan trauma dan rasa bersalah membelenggu diri akibat kemalangan tersebut.
Sedihnya

Hakikatnya bukan salah abang

Semoga hati dia reda

Sumber: TikTok @abeyyann, Kosmo Online (Nurul Izzati Zaini), Threads
The post Pemandu Treler Menangis Rasa Bersalah, Terlanggar ‘Rider’ Yang Terbabas – “Takpe Bang, Ramai Saksi” appeared first on Borak Daily.

