Pemandu treler sebabkan kematian empat beranak direman tiga hari

14 Jul 2022 • 11:59 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 JULAI: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan empat beranak di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan direman tiga hari hingga Sabtu.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin selepas mendapat permohonan daripada polis bagi membantu siasatan, lapor Astro Awani.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu melulu.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki terbabit turut mempunyai 13 rekod kesalahan saman trafik dari 2008 hingga 2021 dan tiga daripadanya berkaitan kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian pada Rabu, treler bermuatan kosong yang dalam perjalanan dari arah Taiping ke Bukit Beruntung merempuh kenderaan dinaiki mangsa dari arah belakang.

Rempuhan mengakibatkan kereta jenis Proton Persona dinaiki empat sekeluarga menggelongsor ke hadapan lalu melanggar lima lagi kenderaan lain. Mangsa meninggal di tempat kejadian.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved