
TAWAU: Polis memberkas seorang lelaki tempatan yang terakam dalam video tular mengisi petrol tanpa membuat pembayaran di sebuah stesen minyak baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.45 pagi pada Sabtu di belakang sebuah premis dobi di kawasan bandar Tawau.
“Sebaik menerima maklumat sepasukan anggota polis dari Unit Kenderaan Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah terus digerakkan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Apabila tiba di kawasan terbabit anggota polis menemui sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis disyaki digunakan dalam kes penipuan yang mempunyai kaitan dengan video tular berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Jasmin berkata pasukan polis kemudiannya berjaya mengesan keberadaan pemandu kenderaan tersebut sebelum bertindak menahan lelaki terbabit.
Menurutnya suspek dan kenderaan yang digunakan seterusnya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.
Hasil siasatan turut mengesyaki suspek terlibat dalam kejadian mengisi minyak kenderaan tanpa membuat bayaran di beberapa stesen minyak lain di sekitar daerah Tawau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, dikenakan sebatan serta denda.
Mengulas lanjut Jasmin memaklumkan ujian saringan awal air kencing yang sudah dijalankan terhadap suspek mendapati lelaki berkenaan negatif dari sebarang pengaruh dadah.



