Pemandu Van Langgar Kanak-Kanak Direman Hari Ini

6 May 2026 • 7:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pemandu Van Langgar Kanak-Kanak Direman Hari Ini

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas yang memandu sebuah van sehingga merempuh dan mengorbankan murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon di Parit Sulong direman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bermula 6 hingga 8 Mei selepas dia dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada jam 8 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Suspek berusia 60 tahun itu sebelum ini ditahan susulan kejadian yang mengorbankan seorang murid perempuan berusia lapan tahun, di hadapan pintu pagar utama SK Seri Maimon kira-kira tengah hari semalam.

Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa yang juga murid Tahun Dua sekolah berkenaan, sedang berjalan berhampiran pintu masuk sebelum dirempuh van terbabit.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Sulong. - Getaran, 6 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved