
LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas memandu Proton Wira miliknya untuk merempuh sekatan jalan raya (SJR) polis di KM12 di Jalan Lahad Datu-Tawau, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah, ACP Rohan Shah Ahmad dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika sekatan jalan raya dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di bawah Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah.
Rohan berkata, suspek berusia 37 tahun dalam perjalanan ke Lahad Datu dari Tawau, merempuh sekatan jalan raya walaupun diarah berhenti untuk pemeriksaan.
“Tindakan nekad pemandu itu menyebabkan motosikal milik Polis Diraja Malaysia rosak, namun mujur tiada anggota polis cedera dalam kejadian itu.
“Suspek yang cuba melarikan diri berjaya menahan dan kenderaannya dirampas,” katanya sambil menambah suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.
Rohan menambah, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 26(2) Akta Polis, Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan dan Seksyen 6(1)(c) ) Akta Imigresen.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


