Pemandu Warga Bangladesh Langgar Pejalan Kaki & Rempuh Kereta – “Mangsa Dilanggar Tercampak Dalam Sungai”

14 Jun 2025 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Buletin TV3, sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki warga Bangladesh telah hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah kereta serta seorang pejalan kaki.

Rempuh kereta & pejalan kaki

Difahamkan, kemudiannya kereta itu terjatuh ke bawah jambatan dan tersangkut di celah konkrit saluran paip besi.

image is not available

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong.

Kereta yang dipandu oleh lelaki warga Bangladesh itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar kereta yang dipandu oleh wanita Vietnam serta meluru kearah seorang pejalan kaki hingga mangsa terpelanting ke bawah jambatan.

Mangsa pejalan kaki masih belum dijumpai, hanya temui cebisan kaki

image is not available

image is not available

image is not available

Pihak polis hanya memaklumkan menjumpai cebisan kaki pejalan kaki itu di tempat kejadian.

Info terkini, mayat mangsa pejalan kaki tersebut sudah pun ditemui.

image is not available 1 day ago

Syarikat Sinar Suci Travel & Tours Beri Sumbangan Pakej Umrah Percuma Buat Ibu Bapa Nurly Shahirah - "Indah Sungguh Susunan Allah"