
BANGGI: Pemasangan peranti Starlink di Kampung Kalamkaman, di sini mampu memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 penduduk dengan memberikan akses kepada internet berkelajuan lebih tinggi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha kerajaan negeri menerusi kementeriannya untuk memperkasa kemudahan internet di Sabah.
Pada masa sama katanya, pemasangan peranti oleh Sabah.Net yang merupakan agensi di bawah KSTI itu akan turut memenuhi keperluan generasi muda khususnya pendidikan golongan itu.
“Kemudahan ini juga dapat memberi manfaat kepada pemimpin masyarakat termasuk pemerkasaan aktiviti ekonomi penduduk,” katanya selepas merasmikan pemasangan peranti Starlink, di Balai Raya Kampung Kalamkaman, di sini, pada Selasa.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Hadir sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda dan Wakil Rakyat Tanjung Kapur, Choong Chen Bin.
Dalam pada itu, Ariffin memaklumkan sebanyak 300 unit peranti Starlink telah dipasang di seluruh Sabah setakat ini dan daripada jumlah itu, 31 unit dipasang di beberapa lokasi di Parlimen Kudat.
Beliau berkata, pemasangan peranti itu juga adalah penyelesaian sementara bagi menantikan pembinaan menara telekomunikasi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara 1 (Jendela 1).
“Kita dari masa ke semasa akan memantau dan memastikan Jendela 1 ini dapat dilaksanakan sebagaimana diharapkan kerajaan pusat dan rakyat di Sabah sebelum pelaksanaan Jendela 2,” katanya.
Terdahulu, Ariffin yang juga Exco Pendidikan turut berkesempatan merasmikan Program Bantuan Pendidikan WAM2Care di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi pada hari yang sama.
Pelbagai bantuan pendidikan disalurkan kepada pelajar dan golongan asnaf termasuk penyerahan bantuan zakat kepada 145 pelajar sekolah terbabit.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


