Pematuhan TikTok Terhadap Undang-Undang Masih Tidak Memuaskan – Fahmi Fadzil

12 Oct 2023 • 2:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

TikTok diminta beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia bagi memastikan penularan berita palsu di platform itu dapat dikekang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dimuat naik ke laman Facebook hari ini.

image is not available

Beliau bertemu dengan pengurusan tertinggi TikTok yang diketuai Naib Presiden Global TikTok, Helena Lersch, semalam.

Dalam pertemuan itu, Fahmi meminta penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit susulan peningkatan penyebaran berita palsu di platform tersebut.

“Saya menegaskan bahawa TikTok perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia.

image is not available

“Tiktok juga mesti lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan, termasuk penularan yang bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB)” katanya.

Beliau menekankan bahawa pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan hal ini mesti diperbetulkan dengan segera.

Dalam kenyataan yang sama, pihak TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini.

“Saya juga tegaskan TikTok perlu mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit.

image is not available

“Ini berikutan terdapat aduan daripada gedung-gedung perniagaan, orang awam dan agensi media yang sangat terkesan akibat iklan yang ditempaj terus dengan platform media sosial,” ujarnya

TikTok telah memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia. Sehubungan dengan itu, mereka memberikan komitmen untuk mengadakan pertemuan lanjut pada kadar segera untuk menyelesaikan isu-isu terbabit.