Pembaca Berita Wanita Sebak Ketika Ulas Budak 4 Tahun Kemalangan, Ini Sebabnya

LocalEntertainment
25 Jul 2023 • 12:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular satu video seorang pembaca berita wanita yang dirakam tidak dapat menahan sebak ketika bersiaran secara langsung pada malam semalam.

Norintan Ezreen Amir Hamzah, pembaca berita itu kelihatan sebak dan tidak dapat mengawal emosinya ketika menyampaikan berita mengenai seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurut Norintan, dia sebak kerana terfikirkan anaknya yang juga berusia empat tahun. Malah, nalurinya sebagai seorang ibu tersentuh sewaktu menyampaikan berita berkenaan.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terkesan dengan penyampaian berita yang sungguh beremosi itu.

image is not available

image is not available

Malah, kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia sewaktu dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, kita juga ada kongsikan berita mengenai seorang kanak-kanak berusia 3 tahun maut selepas dibelasah teruk oleh teman lelaki ibunya sendiri.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.