Pembahagian kerusi PH Melaka selesai, Majlis Presiden akan muktamadkan - Adly Zahari

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pembahagian kerusi PH Melaka selesai, Majlis Presiden akan muktamadkan - Adly Zahari
Adly Zahari

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan pembahagian kerusi antara komponennya di peringkat negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, bagaimanapun susunan terakhir akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.

"Apa-apa pun, kita tunggu minggu depan. Pembahagian itu sudah ada dalam perhatian Pengarah Pilihan Raya (Amirudin) sebelum kita bawa ke peringkat tertinggi gabungan untuk dimuktamadkan.

"Setakat ini, pembahagian kerusi dalam konteks PH adalah kekal seperti yang dipersetujui di peringkat negeri seperti (Parti) Amanah (Negara) diperuntukkan lapan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana PH di Bukit Baru di sini malam tadi.

Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim.

Mengulas lanjut, Adly berkata, keputusan berkaitan strategi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan selepas selesai laporan pembahagian kerusi. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved