Pembangkang: Terap budaya mentaliti selenggara aset negeri

29 Nov 2022 • 2:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 NOV: Mentaliti penyelenggaraan perlu diterap dalam pentadbiran negeri supaya budaya itu memberi manfaat kepada semua pihak.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Rizam Ismail berkata setiap projek atau bangunan baharu perlu disekalikan dengan amalan pengurusan dan penyelenggaraan aset.

“Mengumumkan dan membina projek atau bangunan baharu itu satu perkara tetapi menguruskan dan menyelenggara kemudahan atau prasarana ini adalah satu perkara yang lain.

“Ini supaya setiap projek dan kemudahan yang baru mahupun sedia ada dapat diurus dengan baik dan berfungsi serta bermanfaat untuk Kerajaan Negeri dan rakyat,” katanya dalam kenyataan perbahasan Belanjawan 2023.

Wakil rakyat Sungai Air Tawar itu memberi contoh projek yang ada isu pengurusan aset antaranya bangunan Yayasan Selangor, Yayasan Asrama Toh Puan Norashikin, Hotel Carlton dan Stadium Shah Alam.

“Ini semua memerlukan intervensi segera daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan aset-aset ini terus dipelihara dengan baik,” katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved