
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata beliau tidak melihat ada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal berbanding tempoh sepatutnya pada Oktober 2025.
Kerajaan GRS-Pakatan Harapan masih mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk memerintah, jadi, tempoh itu akan digunakan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri serta menyelesaikan isu-isu rakyat seperti bekalan air dan elektrik.
“Kita masih ada setahun sembilan bulan, masih ada masa lagi untuk kita buat apa yang telah dirancang," katanya selepas majlis makan tengah hari Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew bersama media pada Rabu.
“Jika pilihan raya diawalkan, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah yang sudah berlanjutan sejak sekian lama itu?"
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

