Pembangun APP iOS mula manfaatkan Dynamic Island, ini satu contoh paling comel

Digital
19 Sep 2022 • 11:10 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pembangun perisian di iOS sudah mula menghasilkan aplikasi yang memanfaatkan Dynamic Island baharu pada iPhone 14 Pro. Misalnya, pembangun APP Apollo for Reddit mengumumkan yang aplikasi mereka kini dimasukkan kucing digital comel yang berlari-lari di bahagian lubang paparan itu.

image is not available

Fungsi tersebut digelar pembangunnya sebagai Pixel Pal.

Pembangunnya mengambil konsep Tamagotchi, permainan haiwan peliharaan digital yang terkenal daripada Jepun. Kucing digital ini akan lepak di bahagian atas paparan anda, bezanya dengan Tamagotchi adalah anda tak perlu beri makan padanya dan ia hidup selama-lamanya. Selain kucing, si pembangun juga memberikan alternatif haiwan lain speerti anjing, landak, musang dan ataupun axolotl untuk dipilih.

Sementara menunggu iPhone 14 Pro anda tiba ataupun anda pengguna iPhone 14 yang tiada Dynamic Island, anda juga boleh melihat karakter comel ini di telefon anda. Ia tidak hadir dalam bentuk Dyanmic Island, sebaliknya muncul di bahagian lockscreen, dibawah jam dalam bentuk widget.

Sekiranya anda berminat untuk mencubanya, anda boleh muat turun APP Apollo for Reddit melalui AppStore sekarang.

Bacaan berkaitan

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved