Pembangunan asrama anak yatim capai kemajuan 70 peratus, Yide seru sumbangan ramai

25 May 2025 • 12:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 MEI: Projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah kini mencapai 70 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung Januari tahun hadapan.

Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerusi Facebook bagaimanapun menyeru orang ramai termasuk syarikat korporat dan agensi untuk terus menyalurkan sumbangan.

“Projek ini berjalan mengikut jadual namun begitu, sebanyak RM5.7 juta dana masih diperlukan bagi melengkapkan pembinaan kompleks ini.

“Yide mengajak seluruh rakyat Malaysia samada individu, agensi, syarikat korporat, komuniti, pertubuhan dan jemaah masjid untuk bersama menyumbang dan menyokong usaha murni ini,” katanya.

Jelasnya, fasa pembinaan minggu ini melibatkan kesinambungan fasiliti utama seperti asrama, surau, dewan serbaguna, gelanggang lermainan dan arena kiosk.

Kos keseluruhan pembinaan kompleks itu dianggarkan sekitar RM17 juta, yang bakal menempatkan sekitar 200 anak yatim dengan fasiliti kondusif seperti asrama, surau, dewan serbaguna, pusat komersial dan gelanggang permainan.

Orang ramai boleh berinfaq untuk pembinaan kompleks tersebut melalui pautan yide.com.my/infaq-kompleks-anak-yatim/.

Setiap sumbangan anda layak mendapat potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved