Pembangunan Cip Intel Raptor Lake Next Disahkan Melalui Kemaskini Dalaman Sendiri

TechnologyDigital
27 Oct 2026 • 3:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel nampaknya telah mengesahkan kewujudan siri cip pemprosesan Intel Raptor Lake Next, iaitu kembalinya siri cip pemprosesan generasi ke-12 dan 13 Intel bersama-sama dengan sokongan untuk memori DDR4 kerana isu ketandusan memori DDR5 yang rata-rata terlalu mahal sekarang untuk pengguna biasa.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Intel telah mengemaskini penyenaraian perisian cip pemprosesan mereka, kerana nama perisian RPL-NEXT SST Testbuild telah diperlihatkan. Perisian SST ini dijangka merujuk kepada pakej perisian pemandu Smart Sound Technology, iaitu perisian pemandu yang digunakan untuk memperlihatkan sokongan cip audio terbina dalam cip pemprosesan, yang bertanggungjawab untuk ciri-ciri seperti pembatalan bunyi hingar, pengurangan gema, membangunkan PC menggunakan suara dan sebagainya.

Intel HQ

Perkara ini dilihat kecil, tetapi mengesahkan bahawa Intel sedang membangunkan cip pemprosesan Raptor Lake Next ini, yang akan hadir menyokong papan induk dengan cipset LGA 1700 sedia ada dimana pengguna boleh memanfaatkan memori DDR4 yang tidak semahal memori DDR5.

Jangkaan orang ramai ialah siri cip pemprosesan ini akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan, selepas Intel melancarkan siri cip pemprosesan terbaru mereka, Nova Lake yang akan hadir dengan sokongan untuk papan induk dengan cipset LGA 1954 atau dikenali sebagai Intel Z990. Siri cip pemprosesan Raptor Lake Next dijangka akan hadir dengan penawaran untuk komputer riba juga.

Sumber: intel

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved