Pembangunan GTA: San Andreas VR Untuk Meta Quest Dihentikan

TechnologyGamingDigital
16 Aug 2024 • 1:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hampir tiga tahun lalu, Mark Zuckerberg mengumumkan Grand Theft Auto : San Andreas VR sedang dibangunkan untuk set kepala AR Meta Quest 2. Sejak diumumkan tiada berita mengenai tahap pembangunan serta bila akan dapat dimainkan. Menurut laporan IGN, pembangunan permainan kelima dalam siri GTA ini telahpun dihentikan oleh Meta.

image is not available

Ini adalah bagi memberikan tumpuan kepada projek lain yang sedang dibangunkan. GTA: San Andreas VR diumumkan ketika Meta masih lagi berusaha untuk mempopularkan dunia metamesta mereka. Tetapi kini tumpuan Meta dan lebih penting lagi Zuckerberg terlah beralih ke pembangunan model AI seperti Llama.

Malahan pasukan Oculus Studio serta beberapa studio pembangunan permainan VR seperti Ready at Dawn telahpun ditutup kerana permintaan untuk permainan seperti ini tidak begitu tinggi. Apple Vision Pro yang sebelum pelancaran dikatakan akan menyelamatkan pasaran peranti VR/AR juga kini mencatatkan jualan yang semakin berkurangan kerana tidak mempunyai sebab untuk digunakan setiap hari.