‘Pembangunan modal insan di Sabah pastikan pendidikan berkualiti’

27 Jan 2024 • 3:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Pembangunan modal insan di seluruh negeri ini, khususnya di pedalaman, adalah antara aspek utama yang mesti diambil perhatian bagi memastikan anak-anak diberi akses pendidikan berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, masih banyak perkara perlu ditambah baik untuk menyediakan akses pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak.

Katanya, kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahu negeri akan sentiasa memberikan keutamaan kepada aspek pembangunan modal insan, khususnya pelajar sekolah rendah mahupun peringkat sekolah menengah.