Pembangunan Playdate Stereo Dock Dihentikan

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 12:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Playdate adalah konsol mudah alih yang dihasilkan di kilang Malaysia. Selepas beberapa tahun ia dijual di Amerika, akhirnya tahun ini ia boleh dibeli di Malaysia. Ia sememangnya adalah konsol yang bergaya, namun harga jualan yang mahal dan tidak cukup dikenali ramai, tiada pengedar di Malaysia berminat untuk menjualnya. Terbaru, Playdate mengumumkan satu lagi perkara yang mengecewakan.

image is not available

Aksesori Playdate Stereo Dock yang boleh menjadikan konsol ini sebagai speaker desktop dan pemegang pen tidak akan dijual dalam masa terdekat. Malah, pembangunannya pun telah dihentikan buat sementara waktu. Isu besarnya adalah Playdate yang telah diperdaya oleh kilang speaker Bluetooth terkenal, di mana mereka menggunakan perisian Bluetooth dan cip audio melalui kilang lain dari negara lain yang mengakibatkan masalah prestasi dan kualiti audio yang tidak memenuhi piawaian.

image is not available

Namun selepas masalah diselesaikan dan prototaip akhir telah dikeluarkan mereka menyedari kos pembangunan telah menyebabkan harga jualan semakin mahal dan ia tidak memberikan pengalaman penggunaan yang benar-benar memuaskan. Disebabkan itu Playdate Stereo Dock tidak akan dikeluarkan dan dijual buat masa ini.