Pembantu kedai wanita didakwa culik ahli perniagaan

LocalPolitics
12 Dec 2025 • 2:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh di hadapan sebuah masjid di Selayang, Jun lepas.

Jun'haidati Tukiman, 47, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menculik lelaki berusia 47 itu untuk wang tebusan di hadapan Masjid An-Nur, Taman Sri Murni dekat sini pada jam 11.30 malam 26 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Dr Azrol Abdullah menetapkan 13 Februari 2026 untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Zaidi Othman.

Pada 30 Julai lepas, tujuh lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama. - Bernama