Pembantu Pejabat Perikanan Seremban maut digilis treler

6 Jul 2026 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pembantu Pejabat Perikanan Seremban maut digilis treler
Seorang pembantu di Pejabat Perikanan Seremban maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum digilis sebuah treler. Gambar hiasan

NILAI - Seorang pembantu di Pejabat Perikanan Seremban maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu digilis sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Pantai-Bukit Tangga, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira 7.52 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menunggang motosikal jenis Honda yang dalam perjalanan dari rumahnya di Jelebu menuju ke tempat kerja di Seremban sebelum motosikalnya hilang kawalan ketika melalui selekoh.

"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum terjatuh ke bawah treler yang dipandu lelaki berumur 41 tahun. 

"Pemandu treler itu dipercayai tidak sempat mengelak sebelum tayar belakang kenderaannya menggilis kepala mangsa dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Johari berkata, pemeriksaan lanjut termasuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom, ujian toksikologi terhadap sampel darah mangsa serta usaha mengesan saksi bebas sedang dijalankan bagi membantu siasatan memandangkan kawasan tersebut tiada kamera litar tertutup (CCTV). - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved