Pembantu Penguatkuasa Direman, Kantoi Terima Rasuah Lindungi Sindiket Diesel Di Sibu

27 Aug 2024 • 5:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rasuah Sindiket Penyeludupan Diesel: Pegawai Penguatkuasaan Ditahan Reman

Pembantu Penguatkuasa Direman, Kantoi Terima Rasuah Lindungi Sindiket Diesel Di Sibu. Seorang pembantu penguatkuasaan daripada sebuah agensi penguatkuasaan di Kuching telah direman selama enam hari atas dakwaan menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan diesel yang beroperasi di Sibu. Perintah reman tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Mason Jaro Lenya Barayan di Mahkamah Majistret Kuching sehingga 2 September 2024.

Menurut sumber, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sekitar jam 3.25 petang semalam selepas memberikan keterangan.

image is not available

SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Terlibat Dengan Sindiket Diesel Bersubsidi

“Tangkapan dibuat susulan Operasi Liter (Op Liter) yang dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas SPRM di sebuah depoh penyimpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu pada hari Ahad lalu. Suspek dipercayai menerima suapan daripada sindiket tersebut untuk melindungi aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi dan mengelakkan tindakan undang-undang,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, mengesahkan penahanan suspek dan menyatakan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan dan tangkapan lanjut akan dibuat dalam masa terdekat.

Baca juga artikel semasa di bawah: