Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri

25 Mar 2023 • 3:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MUKAH: Seorang pembantu pergigian Klinik Kesihatan Bintangor maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah-Selangau pada awal pagi ini.

James Landok, 43, dari Rumah Pitre Ambit, Tinting Mawang Jalan Petai, Sarikei, maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri.

Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya Felix Ian, 19, ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Felix yang merupakan seorang pelajar mengalami bengkak di tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias dalam satu kenyataan memberitahu ketika melalui suatu selekoh di kawasan Bukit Dinding Jalan Mukah-Selangau kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

“Pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Klinik Kesihatan Selangau,“ ujarnya. -Bernama