Pembantu Pustakawan USIM maut kemalangan

9 Dec 2025 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat Mohd Azuwan (gambar kecil) dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut.

NILAI - Pembantu Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Perak, Kawasan Perindustrian Ringan Semarak di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Mohd Azuwan Hood, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah lori tangki yang bergerak dari arah Semarak menghala ke kawasan perindustrian terbabit membelok ke kanan jalan.

"Motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan telah melanggar bahagian belakang kiri lori berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, pemandu lori lelaki berusia 41 tahun dan kelindan lelaki berusia 47 tahun, tidak mengalami kecederaan.

Ujar beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada jam 4 petang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved