Pembantu tadbir sekolah didakwa guna jawatan untuk dapat suapan

21 Jun 2024 • 2:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang kerani sekolah menengah meminta dibicarakan atas dua pertuduhan menggunakan jawatannya untuk menerima rasuah berjumlah RM39,000 empat tahun lalu.

Hasniah A.M Nawir, 50, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Bagi pertuduhan pertama, Hasniah didakwa menggunakan jawatannya sebagai Pembantu Tadbir SMK Abaka untuk menerima RM19,920 dengan mempelawa Syarikat Mega Corporation kepunyaan Jusia Jumat, untuk agi perkhidmatan penyewaan mesin fotokopi serta mesin copyprinter bagi sekolah itu di bawah e -Sistem Perolehan namun kerja-kerja berkenaan dilakukan sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Sept, 2020 di SMK Abaka, di sini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Atas pertuduhan kedua, dia didakwa mendapatkan suapan dengan menggunakan kedudukannya untuk memilih MRD Enterprise bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan singki, perpaipan dan lain-lain di sekolah itu bernilai RM19,980. Syarikat itu milik suaminya, Saharuddin Kasim.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sekolah itu pada Ogos 2020.

Mahkamah menetapkan 20 Ogos ini untuk sebutan dan menawarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Hasniah deposit RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Hasniah juga diperintah melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan sekali, pasportnya, jika ada, disimpan oleh mahkamah sehingga kesnya selesai dan diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee dari SPRM mencadangkan ikat jamin sebanyak RM30,000, sambil menambah jumlah suapan itu melebihi RM30,000.

Bagaimanapun, Hasniah meminta jumlah wang jaminan dikurangkan dengan memberitahu mahkamah dia perlu menjaga anak-anaknya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.