Pembatalan kilang di Malaysia: Kamu tanya Tesla, kata Tengku Zafrul

LocalPolitics
8 Aug 2024 • 4:09 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KULIM - Pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Tesla harus menjadi pihak yang menjawab laporan berita mengenai dakwaan keputusan syarikat itu membatalkan rancangan untuk membina kilang pengeluarannya di Asia Tenggara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau bukan individu sesuai untuk menjawab dakwaan tersebut.

"Kamu tanya kepada Tesla. Saya tidak bekerja untuk Tesla," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai laporan berita tersebut.

Ketika ditanya mengenai "apa yang mungkin berlaku seterusnya”, Zafrul berkata, beliau tidak tahu dan meminta untuk bertanyakan perkara itu kepada Tesla.

"Saya tidak tahu, kamu tanya kepada Tesla,” katanya.


Terdahulu, akhbar Thailand, The Nation dilaporkan memetik sumber kerajaan Thailand sebagai berkata, Tesla tidak akan membina kemudahan pembuatan EV sama ada di Thailand, Malaysia dan Indonesia.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali China, AS dan Jerman,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, diketahui bahawa Tesla belum komited secara rasmi untuk membina sebuah kilang di Malaysia.

Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi sebahagian daripada pelaburan berskala besar daripada Tesla.

Anwar juga berkata, puluhan ribu peluang pekerjaan mahir bakal direalisasikan menerusi pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Tesla di Cyberjaya serta kerjasama di Petaling Jaya, Selangor. – 8 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved