
Pembawa Teksi Thai Mengaku Caj Pelancong Malaysia RM 62 Untuk 2km, Kumpul Duit Nak Baiki Mesin Basuh
Seorang penunggang teksi mengaku mengenakan caj secara berlebihan kepada pelancong Malaysia kerana ingin membaik pulih mesin basuhnya yang telah rosak di Songkhla, Thailand.
Memetik The Thaiger, pemilik teksi tersebut telah meminta bayaran sebanyak RM61.90 (500 baht) kepada pelancong tersebut selepas menghantarkan ke destinasi sejauh 2 kilometer yang sepatutnya hanya RM12.40.
Ahli Perbandaran Hat Yai, Suppawit Meneechot berkata, mangsa telah mengajukan aduan berkaitan penunggang teksi tersebut kepada pihaknya baru-baru ini.
Pada awalnya, tayar kereta mangsa telah di clamped dan untuk membayar denda tersebut dia perlu menaiki teksi motosikal tersebut untuk pergi ke Balai Polis Mueng. Polis kemudian menahan suspek yang pada awalnya menafikan tuduhan tersebut.
Walau bagaimanapun, suspek akhirnya mengaku dan dimaklumkan oleh pihak polis bakal dikenakan hukuman penjara kerana membuat pengakuan palsu.
Dalam pada itu, suspek juga berkata bahawa dia tidak menerima seorang penumpang pun pada hari kejadian sehinggalah dia melihat pelancong dari Malaysia itu.
Selain itu, dia juga mengaku tidak melakukan sebarang ugutan kepada mangsa dan baru pertama kali melakukan jenayah tersebut.
Menurut The Thaiger, dia tetap didakwa atas kesalahan mengenakan tambang pengangkutan melebihi kadar standar di bawah Seksyen 159 Akta Pengangkutan Darat dan berdepan hukuman denda sehingga RM618.76 jika disabitkan bersalah.
Sumber: The Thaiger
The post Pembawa Teksi Thai Mengaku Caj Pelancong Malaysia RM 62 Untuk 2km, Kumpul Duit Nak Baiki Mesin Basuh appeared first on Siakap Keli.
