Pembayaran Saman PDRM Kini Wajib Menggunakan MyDigital ID

Digital
1 Oct 2025 • 5:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mulai hari ini, semua warganegara Malaysia hanya boleh log masuk ke aplikasi dan laman web MyBayar PDRM menggunakan MyDigital ID. Langkah ini menandakan peralihan penuh kepada sistem identiti digital negara yang lebih selamat, mudah dan efisien untuk akses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.

image is not available

Warganegara Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ID dan kata laluan lama untuk mengakses MyBayar PDRM. Sebaliknya, mereka wajib menggunakan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal. Bagi mereka yang bukan warganegara dan syarikat, kaedah log masuk sedia ada masih dikekalkan buat masa ini.

Dengan perubahan ini, pengguna dijangka boleh menikmati pengalaman digital yang lebih lancar dan selamat. Warganegara Malaysia digalakkan memuat turun aplikasi MyDigital ID segera bagi memastikan akses ke MyBayar PDRM tidak terganggu.