Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu daripada 10 wanita di dunia menghidap endometriosis sejenis penyakit kronik yang boleh menyebabkan kesakitan serius, kitaran haid tidak normal, masalah ketika hubungan intim, kesukaran membuang air, serta gangguan emosi dan kesuburan.
Kini, kemajuan teknologi perubatan membawa sinar baharu buat pesakit endometriosis. Pembedahan bantuan robotik dilihat sebagai antara solusi paling tepat dan kurang invasif untuk menangani penyakit ini, terutamanya bagi kes yang rumit.
Apa Itu Pembedahan Robotik dan Kenapa Ia Lebih Efisien?
Dr Thow Sun Ta, Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi & Kesuburan di Pusat Perubatan Sunway, menjelaskan bahawa pembedahan tradisional seperti laparotomi sering kali terhad dari segi penglihatan dan sudut pembedahan, namun begitu, dengan bantuan robotik:
- Pakar bedah dapat melihat secara lebih jelas dan tepat.
- Proses pembedahan menjadi lebih lancar, tepat dan selamat.
“Pembedahan robotik bukan sahaja bantu kurangkan kesakitan dan tempoh pemulihan, malah dapat tingkatkan kualiti hidup pesakit secara keseluruhan,” kata Dr Thow.
Kelebihan Pembedahan Robotik Untuk Pesakit Endometriosis:
- Pemulihan lebih cepat
- Parut lebih kecil & kurang kehilangan darah
- Simptom berkurang secara signifikan
- Meningkatkan peluang kesuburan
Dr Thow turut berkongsi bahawa ramai pesakit yang mengalami kesakitan haid teruk atau dysmenorrhea pulih dengan baik selepas menjalani pembedahan bantuan robotik.

Masa Depan Pembedahan Robotik Di Malaysia
Menurut Dr Thow, Malaysia dijangka melihat pertambahan pakar bedah yang terlatih dalam bidang robotik, dan pembedahan ini akan menjadi lebih meluas terutamanya dalam rawatan kes rumit.
Walaupun kos masih menjadi faktor penentu, beliau yakin dengan potensi jangka panjangnya:
“Pembedahan bantuan robotik bukan saja lebih tepat, malah dapat kurangkan risiko komplikasi dan bantu pesakit rasa lebih yakin terutama untuk prosedur kompleks.”
Sunway Medical Centre Pusat Pembedahan Robotik Terkemuka
Sebagai antara hospital kuaternari terbesar di negara ini, Pusat Perubatan Sunway memiliki antara sistem pembedahan robotik tercanggih menerusi Pusat Kecemerlangan Pembedahan Robotik dan MIS. Hospital ini turut tersenarai dalam Top 250 Hospital Terbaik Dunia oleh Newsweek 2024, menjadi penanda aras dalam bidang inovasi dan penjagaan kesihatan.
Dengan kemajuan teknologi seperti pembedahan robotik, lebih ramai wanita yang berjuang melawan endometriosis kini boleh menaruh harapan untuk rawatan yang lebih selamat, berkesan dan menyeluruh serta peluang untuk hidup dengan lebih berkualiti.
The post Pembedahan Bantuan Robotik Buka Harapan Baharu Untuk Pesakit Endometriosis Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.
