Pembekal stoking kalimah ALLAH, tiga pengarahnya didakwa

26 Mar 2024 • 11:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Chin Huat hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa, bagi menghadapi pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam, dua minggu lalu.

SHAH ALAM - Syarikat pembekal, yang mengedar barangan kepada KK Super Mart iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarah syarikat itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, masing-masing satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam, dua minggu lalu.

Xin Jian Chang dan tiga pembekal yang juga tiga beranak iaitu suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Son Hui San, 36; membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja melukakan perasaan agama Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah ALLAH di rak pameran dan dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved