Saya amat teruja dapat menyaksikan Larian Tentera Darat (Army Run) 2026 pada 9 Mei sempena perayaan Hari Tentera Darat ke-93 di Dataran Warisan Putrajaya yang melibatkan rakyat dari pelbagai lapisan. Acara ini terbahagi kepada tiga kategori laluan larian di sekitar Putrajaya adalah Larian Bersantai (Fun Run) 5 km, Peraduan Larian (Race) 10 km, dan Larian Separuh Marathon 21 km. Tetamu kehormat acara ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Azhan Haji Md Othman. Enam ribu peserta yang terdiri dari anggota tentera dan rakyat Malaysia lelaki & wanita berumur 17 tahun keatas menyertainya.

Sesugguhnya, cara larian ini telah memperteguhkan lagi amalan “Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada”, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tentera sentiasa mempertahankan dan melindungi kebebasan dan keamanan negara kita. Maka wajarlah rakyat berbilang kaum di negara ini menyokong mereka.
Mengimbas kembali masa saya berkhidmat dengan Akademi Penerbangan Malaysia (MAS), program pembelajaran berasaskan pengalaman ala tentera sering kali turut melibatkan semua lapisan warga kerja MAS dalam latihan intensif yang mensimulasikan persekitaran tentera demi membina kepimpinan, disiplin dan daya tahan. Program latihan ini bertujuan untuk memindahkan kemahiran praktikal daripada medan perang ke bilik-bilik pengurusan. Melalui program “Corporate Wargame” kami memupuk kepimpinan profesional MAS & mengajar eksekutif untuk beroperasi dalam persekitaran ala peperangan.

Masih segar dalam ingatan saya, dengan kerjasama Panglima dan pegawai-pegawai kanan 10 Briged Para Kem Terendak di Melaka, kami telah adaptasi latihan ala tentera kepada dunia korporat membantu eksekutif MAS di seluruh dunia memahami keperluan untuk beralih daripada struktur ketat tentera kepada fleksibiliti korporat sambil mengekalkan disiplin. Program ini memanfaatkan pengalaman praktikal menjadi kemahiran pengurusan yang berharga.
Berdasarkan pengalaman, saya dapat rumuskan bahawa “Impak pembelajaran ala tentera dalam membina kepimpinan cemerlang korporat bukan hanya sekadar tentang disiplin, utamakan pasukan, dan berkhemah dalam hutan tetapi penerapan nilai-nilai strategik yang mengubah cara eksekutif berfikir dan bertindak. Kami di latih untuk membuat keputusan yang pantas & tepat dalam situasi kritikal. Ini membolehkan eksekutif tenang semasa krisis pasaran.”
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
