
Bertahun menunggu, masih belum ada tindakan sewajarnya dari pihak pemaju
Pembeli Desak Pemaju Sambung Pembinaan Projek Borneo Semariang Garden. Jawatankuasa Bertindak Pembeli Perumahan Spektra (JBPPS) untuk Fasa 1 dan Fasa 2 Borneo Samariang Garden telah mengeluarkan kenyataan media.
JBPPS menggesa agar pihak Sentoria Borneo Land Sdn Bhd (SBLSB) mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pembeli.

Projek ini terhenti sejak daripada tahun 2019 lagi
Menerusi kenyataan tersebut, pembeli rumah di projek perumahan ini menghadapi masalah pembiayaan dan kelewatan dalam penyiapan projek. Dilaporkan bahawa SBLSB tidak menyediakan kemudahan mudah dan sambungan utiliti walaupun rumah hampir siap.
JBPPS juga meminta agar kerajaan negeri melibatkan diri dalam isu ini untuk memastikan hak-hak pembeli dilindungi. Mereka mendesak agar Sales and Purchase Agreement (SPA) ditinjau semula, dan kerajaan negeri memberikan sokongan kepada pembeli yang terjejas.
Pembeli juga diberitahu tentang kelewatan penyiapan projek perumahan yang sepatutnya siap pada tahun 2019 tetapi masih belum selesai hingga kini.
Ini menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pembeli tentang komitmen SBLSB dalam menyiapkan projek dengan tepat waktu.
